Sunday, February 5, 2017

5 LANGKAH MENGURANGKAN PENGELUARAN MINYAK PADA WAJAH



Pernah tak terjadi kat korang yang kadang baru je lagi cuci muka, tapi cepat je rasa muka berminyak. 

Baru je bersiap nak keluar, dalam kereta lagi dah start berminyak. stress kan?

so hari ni kami nak share antara langkah yang anda semua boleh ambil untuk mengurangkan pengeluaran minyak pada muka  ;)


1. KURANGKAN KEKERAPAN MENCUCI MUKA

haaa. kat sini ramai yang silap termasuk lah admin sendiri. Kadang sehari tu dekat sepuluh kali basuh muka. sebab bila minyak keluar asik la cuci muka. 



so caranya : cuma pastikan anda mencuci muka dengan cleanser DUA KALI sahaja tau. 


kalau berminyak, just basuh dengan air je. sebab kalau basuh terlalu kerap, lagi banyak minyak pada muka akan dihasilkan  :)






2. GUNAKAN AIR BIASA ATAU PADA SUHU BILIK SAHAJA

Mencuci muka dengan air yang panas akan mengeringkan kulit muka. bila kulit muka kering, maka akan menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan pada muka. 






3. AMALKAN CARA PEMAKANAN YANG BETUL. 

Selain penjagaan muka secara luaran, pemakanan yang betul juga memainkan peranan untuk kulit muka yang sihat. 


Jangan lupa lebihkan sayur dan buah-buahan segar untuk dapatkan khasiat vitamin dan nutrien penting yang bersifat anti-oxidant  :)

Kurangkan pengambilan makanan berminyak, makanan terproses dan makanan dari sumber tenusu. 





4. KURANGKAN PENGGUNAAN KRIM MUKA

Korang tahu tak sebenarnya dalam krim muka tu ada wax yang hanya akan menambahkan lagi minyak yang sedia ada pada kulit muka kita? 


So boleh start kurangkan atau stop terus penggunaan krim muka tau  ^_^






5. GUNAKAN FACE OIL 

ehh. muka dah berminyak takkan nak guna minyak lagi?


jawapannya YA! Sebab minyak akan larut dalam minyak  :D


Bila sapu minyak kat muka yang berminyak, minyak tu akan:


1. main acah2 dengan kulit korang yang sebenarnya muka tu dah cukup dah minyak so sebaceous gland (saluran dimana sebum dihasilkan) akan stop keluarkan minyak yang lebih. 


2. minyak yg disapu tu akan mudah untuk mix dengan sebum yang dah mengeras (atau senang cerita whitehead and blackhead), supaya ia senang dissolve. 


sains ni..minyak larut dalam minyak😎





ok, cukup dah 5 Langkah untuk kurangkan pengeluaran minyak pada wajah kita  :)
Jom amalkan ya. Semoga bermanfaat  ^_^



psstt.. Face oil #maryjardin ada MINYAK JOJOBA yang membantu untuk mengawal pengeluaran minyak pada muka tau. Meh cuba mehh  :)



No comments:

♥ Followers ♥